KISAH NABI DAUD A.S part II
Kisah
Nabi Daud dan Ulat Merah
Dalam
sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud
a.s sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab Az-Zabur, dengan tiba-tiba
dia melihat seekor ulat merah. Lalu Nabi Daud a.s. berkata pada dirinya, “Apa
yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?” Sebaik sahaja Nabi Daud selesai berkata begitu,
“Wahai Nabi Allah! Allah s.w.t telah
mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahu walhamdulillahi wala ilaha
illallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah
mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil
ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali. Setelah
ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud A.S.
"Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah
darimu?" Akhirnya Nabi Daud menyadari akan kesalahannya kerana memandang
remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah S.W.T. maka Nabi
Daud A.S. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.
Begitulah sikap para
Nabi A.S. apabila mereka menyadari kesalahan yang telah dilakukan maka dengan
segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah S.W.T. Kisah-kisah
yang berlaku pada zaman para nabi bukanlah untuk kita ingat sebagai bahan
sejarah, tetapi hendaklah kita jadikan sebagai teladan supaya kita tidak
memandang rendah kepada apa sahaja makhluk Allah yang berada di bumi yang
sama-sama kita tumpangi ini. Lebih-lebih lagi janganlah kita memandang rendah
sesama manusia walaupun kita bijak, cantik atau kaya. Ingat sekaya-kaya kita, kaya lagi Nabi
Sulaiman. Sebijak-bijak kita, bijak lagi Nabi Khidir dan secantik-cantik kita,
cantik lagi Nabi Yusuf. Namun mereka tetap merendah diri dengan Allah dan
sentiasa patuh pada-Nya.
Beberapa Hikmah dari kisah Nabi DaudA.S
·
Allah telah memberikan contoh bahwa seseorang
yang bagaimana pun besar dan perkasanya yang hanya menyandarkan diri kepada
kekuatan jasmaninya dapat dikalahkan oleh orang yang lebih lemah dengan hanya
sesuatu benda yang tidak bererti sebagaimana Daud yang muda usia dan lemah
fizikal mengalahkan Jalout yang perkasa itu dengan bersenjatakan batu sahaja.
·
Seorang yang lemah dan miskin tidak patut
berputus asa mencari hasil dan memperoleh kejayaan dalam usaha dan
perjuangannya selama ia bersandarkan kepada takwa dan iman kepada Allah yang
akan melindunginya.
·
Kemenangan Daud atas Jalout tidak menjadikan dia
berlaku sombong dan takabbur, bahkan sebaliknya ia bersikap rendah hati dan
lemah-lembut terhadap kawan mahupun lawan
Akhirnya
saya sebagai penulis hanya bermohon kepada Allah swt, semoga dijadikan bagian
dari bangunan dakwah yang kelak akan mengantarkan Islam kembali menjadi
Ustadziatul’alam, Kebenaran itu hanya datang dari Allah, maka jangan
sekali-kali kita ragu untuk mengambilnya sedang yang salah adalah datang dari
diri penulis pribadi.
masih banyak cerita-cerita tauladan nabi lainnya,, anda mau baca? siahkan klik disini

Terimakasih gan atas infonya yang bermanfaat ini, visit balik ya http://puasa-seorang-musafir.blogspot.com/
BalasHapus